Tukang rumah curi duit tabung masjid RM22 untuk beli susu anak, didakwa di mahkamah

14 Sep 2023 • 2:33 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Jun lalu, seorang tukang rumah didakwa di Mahkamah Majistret kerana mencuri duit tabung RM22 di sebuah masjid di Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, tertuduh, Suhaidi Abdul Hamid, 46, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, Suhaidi didakwa mencuri duit itu pada 27 Jun lalu.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa atas dua pertuduhan penyalahgunaan dadah di mahkamah yang sama.

Kes itu menarik perhatain seorang ahli perniagaan yang mengambil keputusan untuk menawarkanbantuan guaman secara percuma kepada Suhaidi.

Sunny Ung, berpandangan kes itu boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu dibawa ke mahkamah, memandangkan tertuduh berada dalam keadaan terdesak.

“Saya difahamkan, Orang Kena Tuduh (OKT) tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam kes tersebut. Disebabkan hal itu, saya menawarkan khidmat peguam Tetuan Ahmad Deniel Ruben & Co yang mana segala kos akan saya tanggung sepenuhnya,” katanya.

Sunny memberitahu, dia difahamkan OKT melakukan perbuatan itu kerana mahu membeli susu untuk anaknya.