Dinobat Sebagai Juara Tarian Di Paris, Lan Solo Bangga, Anak & Pasukan Tarian Sekolah Seni Malaysia KL Harumkan Nama Negara Di Persada Antarabangsa!

9 May 2025 • 11:23 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Anak kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Nur Amna Qaleesya telah berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara kategori tarian kuartet di acara ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis pada malam Khamis. 
 

Harumkan nama negara


Lebih manis lagi, kejayaan tersebut dilalui bersama dengan pasukan tarian dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL).



Berita gembira itu dikongsi oleh isterinya iaitu Nur Sheila Hassim dan juga Lan menerusi beberapa hantaran di Instagram masing-masing.



Menerut Lan, sebagai seorang bapa dia berasa sangat gembira apabila anaknya bersama pasukan tarian berjaya membawa nama negara hingga ke persada antarabangsa.

“Kita menang yeay! Kakak dan team tari SSEMKL menang. Alhamdulillah, hadiah hari Jumaat yang indah untuk team tari Sekolah Seni Malaysia KL.

“Tahniah buat semua yang terlibat! Daddy tak tahu nak tulis apa sebab daddy tak ada dekat sana. Nanti korang balik korang story story okay.


“Apa pun tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia. Kami bangga!” coretnya.


 

Difahamkan, Amna bersama tiga lagi wakil dari SSEMKL berjaya menewaskan tujuh lagi negara yang bertanding termasuk Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved