“Tukar signboard malam-malam” – Hotel Milik GISBH Tiba-tiba Bertukar Nama?

Entertainment
24 Sep 2024 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan sebuah hotel milik Global Ikhwan Services Business Holding (GISBH) yang bernama Ikhwan Hotel tiba-tiba bertukar nama.

Video tersebut dirakamkan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan, menerusi video itu kelihatan beberapa individu menukar papan tanda nama hotel berkenaan kepada nama lain pada waktu malam.

Meskipun pelbagai spekulasi menyelubungi insiden tersebut namun difahamkan pemilik hotel berkenaan sendiri telah membatalkan perkongsiannya (partnership) dengan GISBH susulan siasatan polis terhadap syarikat itu.

Menurut laporan NST, pemilik hotel, Musab Abdul Rahman berkata, dia sebelum ini berhubung dengan GISBH untuk menguruskan hotel tersebut.

Bagaimanapun, susulan serbuan polis di premis berkaitan GISBH, Musab berkata tempahan di hotel tersebut semakin berkurang.

Malah, dia juga berkongsi kesemua pekerja hotel berkenaan telah pun letak jawatan, Musab berkata dia tidak mahu terkait dengan GISBH dan itu merupakan sebab dia menamatkan perkongsiannya dengan syarikat itu.

Hotel itu kini dikendalikannya sendiri bersama anak serta isterinya.

Sumber: X, NST

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.