Tukar ‘Style’ Rambut Ala ‘G.I Jane’, Ramai Puji Keberanian Sharifah Sakinah

Entertainment
7 Jul 2022 • 4:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lumrah menjadi kaum wanita, pasti kita akan cepat bosan dengan sesebuah trend dan seboleh-bolehnya akan mencuba gaya yang lain.

Tidak kiralah penggayaan rambut mahupun hijab, wanita akan mencari gaya yang sesuai atau kata lain yang ‘kena’ dengan identiti dan minatnya.

Terbaru, pelakon Malaysia yang kini menetap di Sweden, Sharifah Sakinah telah berkongsi gaya rambutnya yang menarik perhatian netizen.

Pelakon serba boleh itu menggayakan rambut botak persis karakter fiksyen filem G.I Jane yang dilakonkan oleh pelakon lejen Demi Moore pada tahun 1997. Malah, ramai juga yang menyamakan gaya rambut terbarunya itu dengan isteri pelakon Will Smith iaitu Jada Pinkett-Smith.

Imej terbarunya yang begitu berani itu mengundang pujian ramai netizen termasuk selebriti tanah air seperti Alicia Amin, Hun Haqeem serta Janna Nick.

image is not available

Pun begitu, jika sudah bergelar selebriti, apa sahaja yang dilakukan akan mengundang kritikan serta kecaman daripada netizen. Itulah yang terjadi kepada Sharifah Sakinah dalam perkongsian di laman Instagram miliknya itu.

image is not available

Tak kisahlah style apa pun, asalkan nampak lawa!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved