Tukar tangki baharu, pekerja maintenance terkejut jumpa tengkorak khinzir – “Ini tangki orang Melayu”

11 Jun 2024 • 3:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular satu video memaparkan seorang pekerja maintenance menemui tengkorak haiwan yang dipercayai kepala khinzir di dalam sebuah tangki air rumah yang sedang dia selenggara.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @aldiansah623 telah memuat naik beberapa video memaparkan tengkorak itu di dasar tangki tersebut.

Pekerja maintenance jumpa tengkorak khinzir dalam tangki

Menurut individu itu, kejadian itu berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan dan tangki air tersebut milik sebuah keluarga beragama Islam yang berbangsa Melayu.

“Ini tangki air orang Melayu dekat Jelebu, Negeri Sembilan. Ada orang letak kepala khinzir dalam tangki atas rumah,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, individu yang memuat naik video tersebut turut menyuarakan rasa kecewanya terhadap sikap dengki orang lain sehingga sanggup melakukan sedemikian rupa.

“Tak kesian orang, ada sifat dengki macam ini. Kenapa kena dengki dengan orang, lagi-lagi dengan orang Muslim. Tak ingat dosa ke? Dosa tahu buat macam ni. Air dalam tangki ini diguna untuk mandi, bersihkan diri,” luahnya.

Dipercayai pekerja maintenance jumpa tengkorak khinzir

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mempersoalkan mengapa pemilik tangki tersebut tidak menyedari perubahan bau air di rumah mereka.

Jumpa tengkorak khinzir, tak berbau ke airnya?

image is not available

Mesti air rumah tu busuk

image is not available

Takkan takde bau?

image is not available

image is not available

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang membuat andaian berkemungkinan tengkorak tersebut digunakan untuk membuat onar kepada pemilik kepada tangki air berkenaan.

Kalau jumpa tengkorak khinzir macam ni, faham2 je la

image is not available

Kadang, sihir pun boleh jadi

image is not available

Pernah kena macam ni, satu keluarga sakit

image is not available

Ada orang yang letak benda tu kat dalam

image is not available

Ke dorang ni bomoh?

image is not available

Tidak kurang juga warga maya yang mencadangkan kepada orang lain untuk mengambil langkah berhati-hati agar kejadian ini tidak berlaku terhadap mereka.

Semua orang wajib periksa dan cuci tangki rumah kalau macam ni

image is not available

Kalau baru pindah, kena cek tangki

image is not available

Jangan letak tangki kat bumbung

image is not available

Sebab tu tangki air kena tutup

image is not available

Astagfirullah, kenapalah sanggup buat macam ni kat orang lain……

Sumber: TikTok @aldiansah623