Tulang haiwan mamot mirip gajah gergasi ditemukan

Environment
1 Aug 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tulang haiwan mamot mirip gajah gergasi ditemukan

SOFIA: Paras air Sungai Danu­be yang semakin surut telah mendedahkan tulang-tulang seekor mamot iaitu haiwan mirip gajah gergasi di Bulgaria.

Pada awalnya, tulang-tulang itu ditemui secara kebetulan pada Rabu oleh seorang penduduk Kampung Ryahovo di wilayah Ruse sebelum dikumpulkan oleh pakar muzium pada Khamis.

Pengarah Muzium Sejarah Wilayah, Nikolay Nenov berkata, serpihan tulang yang ditemukan berhampiran bandar Ruse di timur laut Bulgaria besar kemungkinan milik seekor mamot berbulu yang hidup pada Zaman Ais.

Setakat ini, pakar telah mengenal pasti tulang rahang, serpihan gading, sebahagian tulang belikat dan tulang paha yang masih mempunyai kepala sendi, katanya.

Menurut Nenov, haiwan itu dipercayai masih muda. Warna gelap pada tulang-tulang tersebut mungkin menunjukkan mamot itu menghabiskan banyak masa di kawasan berpaya, katanya.

Beliau berkata, penemuan itu amat penting kerana tulang-tulang itu masih berada dalam keadaan baik dan tidak seperti banyak penemuan terdahulu.

Katanya, semua tulang itu tertumpu di lokasi yang sama  sekali gus menunjukkan ia berasal daripada haiwan yang sama.

Mamot berbulu hidup sezaman dengan manusia awal, yang memburu haiwan herbivor tahan cuaca sejuk itu sebagai sumber makanan dan menggunakan gading serta tulangnya untuk menghasilkan peralatan.

Haiwan tersebut pupus kira-kira 4,000 tahun lalu. Selama beberapa dekad, saintis telah menemui pelbagai bahagian mamot, termasuk gading, tulang, gigi dan rambut.

Sisa-sisa mamot di Bulgaria itu ditemukan secara kebetulan pada Rabu oleh seorang penduduk Kampung Ryahovo di wilayah Ruse sebelum dikumpulkan oleh pakar muzium pada Khamis. – AFP

The post Tulang haiwan mamot mirip gajah gergasi ditemukan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved