Tular 2 Beradik Berniaga Cendol Walau Hanya Ada Sebelah Kaki, JKM Syor Elaun Untuk Bantuan

2 Jul 2026 • 10:14 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular satu video memaparkan kegigihan dua beradik yang menjalankan perniagaan menjual cendol meskipun mengalami kecacatan kekal di bahagian kaki kanan disebabkan kemalangan jalan raya.

Video itu kemudiannya terus mendapat perhatian, di mana orang ramai kagum dengan kegigihan dua beradik berkenaan.

JKM syorkan elaun EPOKU kepada dua beradik berniaga cendol meleleh di Temerloh

Terbaharu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) syorkan agar dua beradik itu menerima Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) pada Ogos ini.

Jelas JKM pemberian elaun itu diberikan kepada Nik Haznita Nik Husmadi, 20, serta adiknya Nik Haziera Saffiya, 18, yang merupakan perniaga cendol meleleh di Taman Seri Lebak, Temerloh.

Perkara itu adalah untuk memperkasakan ekonomi serta menyokong kegigihan dua beradik berkenaan.

Setiap seorang terima RM450 sebulan, sebelum ini terima BPT sebanyak RM500 seorang

Kata JKM lagi, setiap di antara mereka akan menerima elaun berjumlah RM450 sebulan dan menjadikan keseluruhan RM900 sebulan.

“Kedua-dua beradik terbabit sebelum ini turut menerima Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) sebanyak RM500 seorang, Tabung Bantuan Segera (TBS) serta bantuan kerusi roda khas bagi membantu proses pemulihan.

“Suntikan insentif diharap dapat meringankan beban harian serta menjadi pemangkin semangat buat dua beradik usahawan ini untuk terus maju ke hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan, dipetik Sinar Harian.

Dua beradik terus semangat jalankan perniagaan

Terdahulu dua beradik itu memaklumkan pada tahun 2024 mereka terbabit kemalangan apabila dilanggar dengan kereta dan dari arah bertentangan pula terdapat lori.

Sewaktu kejadian lori tersebut dipercayai tidak sempat mengelak, dan menyebabkan mereka masuk di bawah lori.

Meskipun sudah berdepan detik hitam yang pastinya memberikan kesan mendalam namun mereka bersyukur kerana masih boleh meneruskan kehidupan dan semangat melakukan perniagaan cendol tersebut.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Kagum Kegigihan 2 Wanita Berniaga Cendol Untuk Cari Rezeki Meskipun Hanya Ada Sebelah Kaki [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved