Tular Aedy Ashraf Buat Penggambaran Di Batu Kawa, Peminat Kongsi Rasa Teruja

23 Feb 2023 • 4:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jarang-jarang lihat artis buat penggambaran di Emart Batu Kawa.. Baru tengok depan mata ni- netizen

Tular Aedy Ashraf Buat Penggambaran Di Batu Kawa, Peminat Kongsi Rasa Teruja. Para peminat kini sedang menghebohkan media sosial dengan pengumuman bahawa pelakon popular Aedy Ashraf telah melakukan penggambaran drama di Batu Kawa, Sarawak.

Difahamkan bahawa beliau sedang melakukan penggambaran di Emart Batu Kawa pada petang semalam sempat dirakam netizen di Kuching.

image is not available
Tular Aedy Ashraf Buat Penggambaran Di Batu Kawa, Peminat Kongsi Rasa Teruja

Teruja lihat beliau lakukan penggambaran di Kuching

Kongsian video oleh peminat di laman Facebook ini telah menarik perhatian netizen dan peminat-peminat beliau di Kuching. Video tersebut telah tular hingga raih 53K tontonan dan 705 tanda kongsi di laman Facebook.

Kehadiran Aedy Ashraf di Kuching turut memeriahkan suasana di E-mart Batu Kawa. Menerusi laman Facebook, terdapat beberapa perkongsian daripada penduduk tempatan yang bertuah turut terserempak dengan selebriti popular ini di dalam premis tersebut.

Lihat video di bawah:

Beliau juga kongsi keindahan matahari terbenam di Sarawak

Semasa berada di Sarawak, beliau juga sempat berkongsi gambar di laman Instagram beliau menikmati pemandangan matahari terbenam di Waterfront Kuching sambil jalan-jalan di Jambatan Darul Hana.

image is not available

image is not available

Semoga penggambaran ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat tempatan Batu Kawa dan memperkenalkan keindahan Sarawak tersebut kepada seluruh rakyat Malaysia.

Lagi artikel menarik anda boleh lihat pautan di bawah: