Tular aksi hidu kasut, penuntut universiti ditahan disyaki tiga bulan hendap rakan sekampus

13 Jul 2026 • 4:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular aksi hidu kasut, penuntut universiti ditahan disyaki tiga bulan hendap rakan sekampus
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan aksi suspek tersebut.
Image from: Tular aksi hidu kasut, penuntut universiti ditahan disyaki tiga bulan hendap rakan sekampus
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan aksi suspek tersebut.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perbuatan menghendap seorang lelaki terhadap rakan wanitanya sejak tiga bulan lalu akhirnya terbongkar selepas diberkas polis di sekitar Seksyen 7 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 22 tahun kira-kira jam 3.55 petang.

Menurutnya, mangsa yang juga penuntut universiti awam telah mendakwa telah diganggu dan diekori berkali-kali oleh lelaki terbabit sejak April lalu.

"Suspek yang juga penuntut di universiti sama dengan mangsa dikatakan mengganggu dan mengekorinya ketika berada di tempat pengajian serta di kawasan rumah.

"Susulan, kita telah berjaya menahan suspek berusia lingkungan 20-an itu kira-kira jam 8.30 malam tadi (Ahad)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

**media[3581157]**

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah serta negatif penggunaan dadah.

Tambahnya, suspek telah direman sehari untuk disiasat mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan perbuatan menghendap (stalking) yang dilakukan secara berulang kali.

"Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sabryna Taha di talian 014-5130450," ujarnya.

Terdahulu, tular video di aplikasi Threads memaparkan seorang lelaki mengambil kasut dari dalam rumah lalu menghidunya di sebuah apartment di Seksyen 7 di sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved