Tular Aksi Kejar Mengejar Polis Brunei Di Perairan Limbang Sehingga Jadi Bualan Netizen

12 Oct 2022 • 9:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Polis Brunei kejar penjenayah di perairan Limbang

Tular Aksi Kejar Mengejar Polis Brunei Di Perairan Limbang Sehingga Jadi Bualan Netizen. Tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini apabila seorang pengguna Tiktok dengan nama Cocodai13 telah memuat naik satu video di mana pihak Polis Brunei mengejar penjenayah sehingga ke perairan Limbang.

image is not available
Tular Aksi Kejar Mengejar Polis Brunei Di Perairan Limbang Sehingga Jadi Bualan Netizen. Sumber: Cocodai13

Semasa artikel ini ditulis, video itu telah menerima sebanyak 105 ribu tontonan, 2840 tanda suka dan 228 komen daripada netizen.

@cocodai13

difahamkan polis brunei tersebut telah ditahan oleh pihak kastam malaysia untuk siasatan selanjutnya.. #fyp #brunei #limbang #polisbrunei #kastamlimbang #limbang #sarawak

♬ original sound – Cocodai13 – Cocodai13

Menerusi satu lagi video yang dimuat naik oleh individu yang sama, dilihat aksi kejar mengejar itu telah menyebabkan beberapa orang pegawai polis Brunei jatuh ke dalam sungai semasa sedang mengejar penjenayah.

image is not available
Sumber: Cocodai13

Tindakan mereka memasuki perairan Sarawak mendapat pelbagai respons daripada netizen.

Terima pelbagai respon daripada netizen

Antaranya ialah ramai yang berpendapat tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan yang besar lebih-lebih lagi sekiranya mereka memasuki perairan Sarawak tanpa kebenaran.

image is not available
Sumber: Cocodai13

Dalam erti kata lain, tindakan mereka itu boleh dianggap mencabuli kedaulatan negara.

image is not available
Sumber: Cocodai13

Namun, ada juga netizen berpendapat, kemungkinan pihak polis Brunei sudah pun meminta kebenaran pihak kerajaan Malaysia untuk memasuki perairan Sarawak.

image is not available
Sumber: Cocodai13

Difahamkan polis Brunei telah pun ditahan

Ada juga yang berpendapat semoga Kerajaan Malaysia memberi budi bicara kepada pihak polis Brunei ini walaupun jelas mereka melanggar sempadan perairan Sarawak disebabkan tegas menjalankan tugas mereka sebagai polis yang bertanggungjawab membenteras jenayah.

Menerusi kapsyen video tersebut, pengguna tiktok ini memaklumkan pihak Kastam Malaysia telah pun menahan pihak Polis Brunei bagi membantu siasatan kerana dianggap menceroboh perairan wilayah Sarawak.

Baca lagi artikel terkini: