
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui di Malaysia, masyarakatnya hidup dengan harmoni, adat, sopan dan santun, serta bebas mengamalkan agama masing-masing.
Meskipun begitu setiap adab dan akhlak dijaga dengan baik termasuklah dalam pelbagai perkara sekalipun. Oleh itu, perkara yang dilihat menyimpang atau menyalahi agama perlu ditegur agar ia tidak menjadi ikutan kepada orang lain.
Sebelum ini, tular di media sosial aksi melampau dalam sebuah persembahan teater di Universiti Malaya (UM). Dalam video tersebut kelihatan pelakon lelaki dan perempuan melakonkan babak intim di atas katil.
Susulan tularnya video tersebut, pihak UM tampil membuat permohonan maaf dan memaklumkan adegan yang dipersembahkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah melalui proses tapisan serta melanggar syarat pertandingan yang ditetapkan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Babak Kontroversi Dalam Persembahan Teater: UM Mohon Maaf, Akui Ada Pelanggaran Syarat Pertandingan
Penyalahgunaan seni menyimpang dari dungsi sebagai medium mendidik
Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam masa sama menegaskan perkara yang berlaku itu bukan lagi soal kreativiti tetapi ia adalah penyalahgunaan seni yang menyimpang dari fungsi asalnya sebagai medium mendidik serta menyampaikan kebenaran.
Kata Bahagian Dakwah JAKIM, seni itu sepatutnya mengangkat kepada nilai keindahan (jamal) selain membawa mesej mengenai kebaikan. Ia tidak sepatutnya menjadi alat bagi mengeksploitasi nafsu serta menunjukkan aksi yang tidak bermoral.
“Seni dalam Islam bersifat menyampaikan kebenaran dan keindahan. Apabila ia disalah guna untuk merangsang syahwat, ia telah kehilangan roh dan tujuan sebenar,” jelasnya, lapor Kosmo.
Adegan keterlaluan merosakkan persepsi seni dan calar imej pendidikan
Katanya lagi paparan adegan keterlaluan menerusi paltform teater itu tidak hanya merosakkan persepsi kepada seni bahkan ia turut mencalarkan imej pendidikan sebagai medan pembinaan intelektual.
“Ini bukan seni yang membina tetapi seni yang meruntuhkan. Ia menukar pentas ilmu menjadi pentas hiburan melampau tanpa batas.”
Menurut Bahagian Dakwah JAKIM lagi, sorakan yang diberikan oleh penonton mengenai babak itu juga adalah salah satu pentanda awal nilai malu semakin terhakis serta seni mula diterima sebagai alasan dalam melanggar batas moral.
Sekiranya perkara itu dibiarkan, trend itu boleh membentuk kepada generasi yang melihat seni tersebut sebagai medium yang bebas tanpa tanggungjawab.
Malah ia akan mengaburkan sempadan di antara hiburan serta kemungkaran.
“Seni yang hebat adalah seni yang mengangkat darjat manusi bukan merendahkannya. Kreativiti tidak boleh dijadikan lesen untuk langgar batas agama dan norma masyarakat,” ujarnya lagi.
Turut berikan Garis Panduan Hiburan dalan Islam sebagai rujukan
Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan oleh Bahagian Dakwah JAKIM, pihaknya turut memberikan Garis Panduan Hiburan dalam Islam yang diterbitkan oleh JAKIM dan disediakan oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
“Islam agama yang indah dan tidak menghalang untuk berhibur namun Islam menjaga keindahan hiburan dengan batas maruah manusiawi.”




