Tular Aksi Manja Melampau Dalam Kereta, JPJ Bakal Keluarkan Saman

LocalCars
3 Jun 2026 • 3:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang memandu kereta dengan pasangan wanitanya tidak memakai tali pinggang keledar serta duduk menghadapnya sehingga tular di media sosial.

Tindakan terhadap pemandu & penumpang kereta

Memetik laporan daripada Harian Metro, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan menyatakan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Tindakan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit.
“Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, tular di platform Threads satu rakaman memaparkan pasangan berkenaan berada dalam kereta ketika bergerak dengan wanita terbabit melakukan aksi manja tanpa memakai tali pinggang keledar.

Image from: Tular Aksi Manja Melampau Dalam Kereta, JPJ Bakal Keluarkan Saman

Malah, wanita itu turut dilihat duduk bersandar pada papan pemuka kenderaan berkenaan sehingga mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang menganggap tindakan tersebut berbahaya dan boleh mengancam keselamatan.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

The post Tular Aksi Manja Melampau Dalam Kereta, JPJ Bakal Keluarkan Saman appeared first on Borak Daily.