Tembakan ke arah lembu korban tular: Tindakan elak risiko, kata MB Perlis

LocalPolitics
29 May 2026 • 4:55 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Menteri Besar Perlis memberi penjelasan berhubung insiden lembu korban yang ditembak dalam program korban di DUN Kuala Perlis.

Satu insiden melibatkan seekor lembu korban yang tular di media sosial ketika Program Korban Perdana DUN Kuala Perlis dijelaskan sebagai tindakan terpaksa demi menjamin keselamatan petugas serta orang awam di lokasi kejadian.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, insiden berkenaan berlaku ketika Program Korban Perdana DUN Kuala Perlis melibatkan keseluruhan 25 ekor lembu, namun seekor daripadanya terlepas selepas tali ikatan tercabut dan bertindak agresif.

“Kita buat program korban membabitkan 25 ekor lembu. Hanya seekor yang talinya terlepas, lari dan mengamuk, jadi kita terpaksa bertindak bagi mengelak sebarang mudarat atau bahaya kepada petugas atau orang awam,” katanya.

Beliau menjelaskan, tembakan yang dilepaskan hanya mengenai bahagian kaki lembu tersebut bagi melumpuhkan pergerakan, bukan untuk membunuh haiwan berkenaan.

“Lembu yang kita tembak itu tidak mati, tembakan dilepaskan mengenai kaki dan kemudian kita melakukan proses penyembelihan seperti biasa,” katanya.

Baca juga:

Menurutnya lagi, beliau sendiri telah menyempurnakan sembelihan 24 ekor lembu sebelum insiden melibatkan seekor lembu terakhir itu berlaku.

Abu Bakar berkata, tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga berdasarkan risiko kejadian amukan haiwan korban yang pernah berlaku di beberapa negeri lain sehingga mengakibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

“Saya tembak bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti yang berlaku di beberapa lokasi lain di seluruh negara sehingga ada kes yang mengorbankan nyawa akibat ditanduk lembu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Tembakan ke arah lembu korban tular: Tindakan elak risiko, kata MB Perlis appeared first on The Reporter.

View Original Article