Tular Andre Onana Pamer “Skill” Atas Padang Buat Ramai Terhibur

FootballSports
27 Jun 2025 • 11:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Andre Onana Pamer “Skill” Atas Padang Buat Ramai Terhibur

Dikala saingan liga masih belum membuka tirainya, rata-rata pemain bola sepak tidak terlepas peluang untuk bercuti ke luar negara dan meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan-rakan.

Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan kecemerlangan penjaga gol Manchester United, Andre Onana yang bermain seperti seorang penyerang atau pemain tengah sebuah pasukan.

Bukan sahaja ligat menangkap bola di tangan, kelincahan dan ketenangan Onana membawa bola turut dipuji peminat tempatan yang hadir menyaksikan aksi tersebut.

Difahamkan, perlawanan itu dimainkan di kampung halaman bintang Cameroon itu sebagai pemanas badan buatnya menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Red Devils.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh pemain itu mampu menjadi perancang tengah mahupun penyerang skuad kendalian Ruben Amorim.

https://x.com/UtdMinja/status/1936839070899941762?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1936839070899941762%7Ctwgr%5Ed9b09d1024f2b54f8524e0384acda915f8d5b551%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fstadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Fvideo-tular-penjaga-gol-man-utd-andre-onana-tukar-bidang-kepada-pemain-tengah-291095

“Onana bukan penjaga gol, Maguire bukan pertahanan, Højlund bukan penyerang,” seloroh seorang pengguna.

“Sekarang anda boleh lihat, bakat sebenar Onana sebenarnya di United, dia memaksa dirinya untuk menjadi penjaga gol,” komen seorang lagi

“Di Manchester penjaga gol, di Africa No 9,” seloroh seorang lagi.

Ia kerana pemain itu dilihat melakukan skill menarik melepasi pemain.

Untuk makluman, Onana mencatatkan 24 ‘cleen sheet’ sepanjang menjadi penjaga gol utama bekas juara Piala FA 2024.

Bagaimanapun, musim lepas dianggap sebagai mimpi ngeri buatnya yang sering melakukan kesilapan mudah sehingga kerap dibolosi.

View Original Article