Tular ‘Baby Nanas’ Didakwa Bahaya Dimakan Sebab Mengandungi Siklamat, Ini Penjelasan KKM

1 Nov 2022 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di group WhatsApp dan media sosial berkenaan nenas kecil atau ‘baby nanas’ yang katanya berasal dari Thailand telah dicampurkan dengan cyclamic acid atau siklamat yang mana katanya boleh membahayakan kesihatan.

Malah menurut info yang disampaikan netizen, nenas ini tidak diterima di Taiwan selepas mereka membuat ujian makmal dan mendapati ia mengandungi siklamat.

image is not available

“Siklamat tidak dibenarkan ditambah di dalam buah-buahan segar” – KKM

Susulan isu tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter berkata, isu tersebut rupa-rupanya pernah tular pada 2017 dan 2019 dan kenyataan akhbar mengenainya juga telah dikeluarkan pada 31 Mei 2019.

Siklamat merupakan sejenis pemanis tanpa zat yang memberi rasa manis 30-50 kali ganda lebih dari sukrosa.

Meskipun siklamat ini dibenarkan digunakan dalam makanan tertentu seperti jem, jeli, marmalade dan produk koko, ia tidak dibenarkan ditambah dalam buah-buahan segar sama ada telah dikupas atau sedia dimakan.

KKM katanya telah membuat pemantauan akan buah-buahan yang diimport masuk ke dalam negara sejak 2017 lagi dengan mengenakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) kepada ‘baby nanas’.

Sehingga kini juga sebanyak 115 sampel buah nenas telah diambil untuk tujuan analisa dan 11 didapati mengandungi siklamat dan telah disabitkan dengan denda RM8,500.

Malah jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983, mereka boleh didenda RM20,000 atau penjara selama tak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hati-hati ye kalau nak beli makanan yang dah sedia dipotong ni. Pastikan korang siasat dari mana asal usulnya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.