Tular: Bas Smart Selangor Lewat Di Subang Jaya, Rupanya Lambat Mohon Permit, Aktiviti Orang Ramai Pula Terganggu

27 May 2025 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara lewat memohon permit kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), itu punca sebenarnya lima laluan bas henti-henti Smart Selangor di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terganggu, baru-baru ini.

APAD berkata, pihaknya menerima permohonan daripada syarikat pengendali, SKS Coachbuilders Sdn. Bhd. pada 25 dan 26 April lalu.

"Sebanyak lima permohonan diterima dan kesemuanya diproses mengikut prosedur operasi standard (SOP), kriteria dan syarat kelulusan yang ditetapkan.

“APAD ingin menegaskan permohonan siap diproses dalam tempoh lebih singkat, kurang 14 hari bekerja sebagaimana diperuntukkan dalam Piagam Pelanggan APAD bagi permohonan baharu,” katanya.

image is not available

Bagaimanapun jelasnya, terdapat beberapa kriteria dan syarat yang masih belum dipenuhi pemohon antaranya ketidakpatuhan pemasangan Global Positioning System (GPS) dan Surat Tawaran Kelulusan (STK) yang belum dilesenkan.

“Justeru, permohonan itu diluluskan secara bersyarat pada 8 Mei dan pemohon diberikan peluang untuk melengkapkan keperluan yang ditetapkan sebelum kelulusan penuh diberikan,” katanya.

Terdahulu, tular mengenai bas henti-henti Smart Selangor yang terganggu di laluan SJ01, SJ02, SJ03, SJ04 dan SJ05.