Tular bekas isteri terima nafkah anak 3 sen, lelaki tampil dakwa diri difitnah

LocalFamily & Parenting
14 Jan 2025 • 4:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
nafkah anak 3 sen

Baru-baru ini, tular kisah bekas isteri terima nafkah anak 3 sen dari bekas suami sehingga menjadi amukan ramai kerana dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi kepada darah daging sendiri.

Susulan daripada itu, seorang lelaki yang menggunakan nama akaun TikTok sebagai ayahnayla tampil mendakwa dirinya difitnah oleh bekas isteri.

image is not available

Lelaki didakwa beri nafkah anak 3 sen tampil beri penjelasan

Menerusi hantaran tersebut, ayahnayla memuat naik beberapa tangkapan layar perbualan bersama bekas isteri mengenai anak perempuan mereka.

Dia juga menulis beberapa hal yang membuatkan kurang setuju dengan tindakan bekas isteri melibatkan anak mereka termasuklah menghinanya dengan mendakwa memberikan maafkah sebanyak 3 sen kepada anak.

Dedahnya, tuntutan nafkah dibuat bekas isteri bukan kerana dia tidak membuat sebarang pembayaran, tetap tidak mencukupi menurut wanita itu.

“Tuntutan nafkah yang dibuat bekas isteri bukan kerana saya tidak membayar tapi kerana tidak mencukupi.

“Kelengkapan lain saya belanja sendiri tidak usik RM300 diberikan kerana saya telah meletakkan syarat saya sendiri pergi beli bersama anak untuk membentuk authority,” tulisnya.

image is not available

Lelaki dipercayai beri nafkah anak 3 sen dakwa dirinya difitnah

Dalam pada itu, lelaki terbabit juga mendakwa bekas iteri sengaja meninggalkan fitnah tentang ketidakhadirannya ke mahkamah sebagai alasan untuk membiarkan kes terus berlanjutan.

image is not available

Minta ibu mentua tegur adab bekas isteri

Dia juga turtu menyertakan tangkapan layar hantaran mesej yang dihantar kepada bekas ibu mentua untuk meminta supaya wanita itu dapat menasihati anaknya agar lebih menjaga adab dengannya.

image is not available

Masing-masing berbalah di ruangan komen

Perbalahan antara mereka juga dilihat berlanjutan sehingga ke ruangan komen apabila wanita tersebut tampil mempersoalkan beberapa perkara dan masing-masing seperti saling menyindir antara satu sama lain.

image is not available

Terdahulu, seorang wanita telah memuat naik hantaran di platform TikTok dengan menunjukkan transaksi pembayaran nafkah anak berjumlah RM0.03 yang dibuat bekas suami kepadanya.

Perkara tersebut menjadi perbualan ramai dan rata-rata merasakan tindakan tersebut sangat tidak bertanggungjawab kerana menjadikan anak sebagai mangsa kemelut yang berlaku antara mereka.

Semoga permasalahan berkenaan dapat diselesaikan dan ibu bapa lebih matang dalam menguruskan anak yang tidak terlibat dalam hal-hal orang dewasa seperti itu.

Sumber: TikTok ayahnayla