Lelaki Beri Nafkah Anak 3 Sen Tampil Beri Penjelasan, Dakwa Diri Difitnah

Entertainment
14 Jan 2025 • 5:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkongsian seorang wanita mendedahkan bekas suaminya hanya memberi nafkah anak sebanyak RM0.03 sen sahaja telah mengundang kemarahan netizen.

Lantaran perkongsian wanita itu tular di media sosial, stesen radio tempatan menghubungi wanita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Dedah wanita berkenaan, punca bekas suaminya memberi jumlah nafkah anak yang tidak logik itu kerana berang disindir berkaitan hal rumah pengasuh anak mereka.

image is not available

Lelaki beri nafkah 3 sen dakwa dirinya difitnah

Susulan isu itu hangat diperkatakan netizen, seorang lelaki yang menggunakan nama akaun TikTok sebagai ayahnayla tampil mendakwa dirinya difitnah oleh bekas isteri.

Menerusi hantaran tersebut, dia memuat naik beberapa tangkap layar perbualan bersama bekas isteri mengenai anak perempuan mereka.

Dia juga kemukakan beberapa hal yang dia kurang setuju dengan tindakan bekas isterinya termasuklah menghinanya dengan mendakwa memberikan nafkah sebanyak 3 sen kepada anak.

Dedahnya, tuntutan nafkah dibuat bekas isteri bukan kerana dia tidak membuat sebarang pembayaran, tetap tidak mencukupi menurut wanita itu.

“Tuntutan nafkah yang dibuat bekas isteri bukan kerana saya tidak membayar tapi kerana tidak mencukupi.

“Kelengkapan lain saya belanja sendiri tidak usik RM300 diberikan kerana saya telah meletakkan syarat saya sendiri pergi beli bersama anak untuk membentuk authority,” tulisnya.

image is not available image is not available

Selain itu, dakwanya lagi, bekas isterinya sengaja meninggalkan fitnah tentang ketidakhadirannya ke mahkamah sebagai alasan untuk membiarkan kes terus berlanjutan.

Alamak, makin rumit pulak kes. Harap isu antara mereka tidak berpanjangan lagi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.