Tular Belasah Bekas Isteri Sampai Koma & Lumpuh Ketika Hamil, Peniaga Diarah Bela Diri

17 Jan 2024 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang peniaga diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru untuk membela dirinya hari ini atas dakwaan penyebab kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma pada 3 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Fatimah Zahari selepas pihak pendakwaan membuktikan prima facie terhadap tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 41, di akhir kes pendakwaan.

“Selepas meneliti keterangan saksi pendakwaan termasuk dokumen, eksibit dan hujahan bertulis pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

“Oleh itu, tertuduh diperintahkan untuk membela diri mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.”

Menurut laporan Harian Metro, Rosmaini diberikan 3 jenis pilihan cara untuk membela diri iaitu, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi atau memberi keterangan secara bersumpah.

Namun begitu, Rosmaini memilih pilihan ketiga untuk membela diri. Mahkamah kemudian menetapkan 24 Januari ini bagi sebutan semula bagi menetapkan tarikh perbicaraan.

image is not available

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil manakala tertuduh diwakili peguam TC Lim. Dalam prosiding, Peguam pemerhati yang mewakili keluarga Jahidah Nordin@Sypvester, 46, Muhammad Hazeem Mohd Norizan, turut hadir mengikuti prosiding berkenaan.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bekas isteri ketiga, Jahidah Nordin@Sylvester, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

image is not available

Rosmaini didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin kira-kira jam 6 pagi, 4 Mei 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun di mana ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.

image is not available

Kes penderaan ini pernah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia memgenai nasib mangsa yang pada ketika itu dilaporkan hamil, mangsa parah dan koma.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.