
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mencuri bukan sahaja satu perbuatan yang tidak baik, bahkan mana-mana agama turut melarang perbuatan terkutuk ini.
Selain berdosa, tindakan mencuri juga merupakan salah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang dan boleh didakwa.
Meskipun tahu tindakan itu adalah salah dan boleh berdepan hukuman, namun mereka yang mencuri tetap melakukannya dan tampil dengan taktik licik agar tujuan mereka tercapai.
Lelaki didakwa curi minyak wangi
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa mencuri minyak wangi berjenama sewaktu berkunjung ke pusat membeli belah Midvalley, Kuala Lumpur.
Menerusi video rakaman litar tertutup yang dikongsikan oleh Tyalavida di Threads, awalnya kelihatan dia sedang melayani pelanggan seorang wanita dan anaknya.
Dalam masa sama kelihatan seorang lelaki sedang berdiri berdekatan produk di bahagian tepi kanan (menerusi CCTV). Dakwa Tyalavida, mereka bertiga adalah ahli keluarga.
Masukkan minyak wangi dalam poket belakang
Menerusi video ketika Tyalavida sedang sibuk melayani perempuan itu dan anaknya, kelihatan lelaki berkenaan mengambil satu produk dipercayai minyak wangi percubaan (perfume tester) dan memasukkannya ke dalam poket belakang seluar.
Lelaki itu kemudiannya dilihat berjalan-jalan di dalam premis dan turut mengambil telefon bimbit seolah-olah sedang membuat panggilan.
Tonton video sini.


Modus operandi biarkan isteri dan anak alih perhatian penjual
Kata Tyalavida dalam hantaran itu, modus operandi lelaki itu adalah membiarkan anak dan isterinya mengalih perhatian penjual sebelum mengambil barangan terbabit.
Menerusi video CCTV yang dikongsikan dipercayai insiden itu berlaku jam 9.42 malam pada 8 Februari.
Kata Tyalavida kepada BuzzKini, tujuan video itu dikongsikan adalah sebagai kesedaran untuk orang ramai dan laporan polis juga akan dibuat.
Semakan kami mendapati, Tyalavida sudah pun membuat laporan di Balai Polis Midvalley.
View on Threads
Dalam satu lagi hantaran, Tyalavida turut memaklumkan dia hampir menangis dan mengigil sebaik mengetahui minyak wangi itu dicuri oleh individu berkenaan.
View on Threads
Ramai geram lihat tindakan lelaki curi minyak wangi
Video sama turut dikongsikan oleh pengguna lain di Thread, melihat di ruang komen ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut.
Malah ramai yang meminta agar tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.
Berikut antara komen diberikan netizen:
“Buat kerja macam ni sementara anak dekat sebelah? Dimanakah akal fikiran telah diberikan oleh Allah SWT”

“Bukan zaman kau lahir ni acik oi, kamera 4k ni, tak memasal je. Saya pun b40 juga, tapi kalau nak merembat tu jauh sekali lah.”

“Kadang-kadangkan, dua orang buat-buat sibuk tanya itu ini konon nak membeli, sorang lagi yang buat kerja. Tapi semua sedia maklum plan dia orang”

