Tular Dakwaan Anak Hampir Diculik Di Genting, Polis Minta Individu Tampil Buat Laporan

LocalPolitics
11 Jun 2025 • 2:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di aplikasi TikTok mengenai seorang individu yang mendakwa dua orang anaknya yang berusia empat dan tujuh tahun hampir dilarikan ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal di Malaysia.

Menurutnya, terdapat tiga individu yang dikenal pasti termasuk seorang wanita yang dipercayai warga asing dalam cubaan tersebut.

image is not available

Susulan itu, pihak polis Bentong meminta agar pemilik video tersebut tampil bagi membantu siasatan susulan dakwaan berlakunya kejadian cubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis mengesan video yang tular itu kira-kira jam 8.30 malam pada Isnin.

image is not available

gambar hiasan

Siasatan awal mendapati tiada sebarang laporan polis diterima setakat 10 Jun (Selasa).

 

Kita memohon mana-mana pihak yang mengalami kejadian seperti ini hadir ke balai berdekatan untuk membuat laporan polis terlebih dahulu.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 day ago

"Pemandu Bas Bawa Pelajar UPSI Ada 18 Rekod Saman & 21 Saman Bas" - Polis