Tular Dakwaan Kapten Kapal Ugut Halau Dari Pesawat, MyAirline Tampil Permohonan Maaf

26 May 2023 • 5:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Dakwaan Kapten Kapal Ugut Halau Dari Pesawat, MyAirline Tampil Permohonan Maaf

Syarikat penerbangan tambang murah MYAirline pada hari ini dalam kenyataannya telah memohon maaf atas insiden yang menimpa salah seorang daripada penumpangnya.

Insiden tersebut dikatakan melibatkan pemakaian tali pinggang keledar untuk bayi yang berlaku di dalam pesawatnya.

“Kami kesal dan ingin memohon maaf kepada salah seorang penumpang kami yang telah menaiki penerbangan tersebut atas pengalaman beliau yang kurang memuaskan.

“Mengikut polisi, kami menyediakan tali pinggang keselamatan tambahan untuk bayi. Ia sejajar dengan keperluan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” tulis kenyataan tersebut.

Berdasarkan garis panduan CAAM, wajib bagi kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke bawah untuk dipangku oleh penjaga dan memakai tali pinggang keselamatan tambahan.

Manakala bagi kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke atas harus memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk mereka atas tujuan keselamatan.

Sehubungan dengan kejadian tersebut, pihak MYAirline menyatakan bahawa pihaknya kini sedang menyiasat dan mengenal pasti berkenaan kejadian tersebut.

“Di MYAirline, pengalaman anda adalah keutamaan kami. Kami mengutamakan keselesaan dan kepuasan setiap penumpang kami. Khususnya bagi ibu, bapa dan penjaga yang melancong bersama kanak-kanak.

“Susulan daripada penyiasatan yang sedang dijalankan, kami komited untuk belajar daripada pengalaman ini untuk perbaiki lagi mutu perkhidmatan kami. Seterusnya memastikan pelancongan yang positif untuk semua penumpang,” tulis kenyataan itu lagi.

Sumber: MYAirline