Tular Kapten ‘Ugut’ Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline

26 May 2023 • 4:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini penjelasan rasmi dari MYAirline

Tular Kapten ‘Ugut’ Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline. Syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah memohon maaf kepada seorang penumpang yang mengalami layanan yang tidak memuaskan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MYAirline menyatakan permohonan maaf ini adalah akibat daripada kejadian penggunaan tali pinggang keledar untuk bayi yang berlaku di dalam pesawat mereka baru-baru ini.

image is not available
Tular Kapten ‘Ugut’ Halau Anak 2 Tahun Dari Pesawat, Ini Penjelasan Dari MYAirline. Kredit: MYAirline

“Kami kesal dan ingin memohon maaf kepada salah seorang penumpang kami yang telah menaiki penerbangan tersebut atas pengalaman beliau yang kurang memuaskan.

“Mengikut polisi, kami menyediakan tali pinggang keselamatan tambahan untuk bayi sejajar dengan keperluan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya.

image is not available

Ini prosedur dari CAAM

Berdasarkan garis panduan CAAM, wajib bagi kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke bawah untuk dipangku oleh penjaga dan memakai tali pinggang keselamatan tambahan.

Manakala, kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke atas harus memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk mereka atas tujuan keselamatan.

image is not available

MYAirline tampil mohon maaf atas perkara yang tidak diingini ini

“Di MYAirline, pengalaman anda adalah keutamaan kami. Kami mengutamakan keselesaan dan kepuasan setiap penumpang kami, khususnya bagi ibu, bapa dan penjaga yang melancong bersama kanak-kanak.

“Susulan daripada penyiasatan sedang dijalankan, kami komited untuk belajar daripada pengalaman ini untuk perbaiki lagi mutu perkhidmatan dan memastikan pelancongan yang positif untuk semua penumpang,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: