Tular Dakwaan Sudah Berpoligami, Sanusi Nafi Kahwin Lain Secara Senyap

16 Apr 2024 • 5:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selalu menjadi perhatian netizen di media sosial kerana aktif dan kerap mengemas kini status hariannya di Facebook.

Pun begitu, Sanusi telah terpalit dengan kontroversi oleh segelintir pengguna Facebook yang mendakwa menteri besar itu sudah bertemu jodoh baharu.

image is not available
Sumber: berita harian online

Sanusi nafi berkahwin lain tapi..

Berita Harian Online melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu sebenarnya tidak berhasrat untuk berkahwin lain tetapi beliau sama sekali tidak menolak kemungkinan jika ada jodoh dengan mana-mana wanita.

image is not available
Sumber: facebook

Beliau yang menafikan perkara itu juga sempat berseloroh jika mendapat jodoh dari Sik ataupun Alor Setar.

Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya? Orang Sik, orang Alor Setar ka..

Perkara ini dinyatakan oleh beliau ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik, Chepir, hari ini.

Untuk rekod, sebelum ini, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah memuat naik status di Facebook miliknya kelmarin mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal. Dalam pada itu, beliau turut menulis kapsyen ringkas iaitu “Dok Pahang” yang bermaksud “Berada di Pahang”.

Sejak itu, ramai netizen membuat spekulasi dan mendakwa MB Sanusi telah berkahwin lain secara senyap tanpa pengetahuan umum.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.