Tular Di Media Sosial, 2 Idola Wanita Ini Dilihat Berciuman Di Atas Pentas?

Entertainment
6 Feb 2024 • 12:02 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan sahaja bekerja dalam satu kumpulan, semua ahli TWICE juga mempunyai hubungan rapat bak keluarga sebenar.

Baru-baru ini, video yang menampilkan Sana dan Ji-hyo di konsert jelajah TWICE “Ready To Be” di Mexico, telah tular di media sosial.

Khususnya dalam video itu, Ji-hyo sedang seronok membuat pelbagai pose di depan kamera, sebelum Sana datang menghampirinya dan menciumnya.

Dalam video itu, dua wanita tersebut kelihatan seperti mereka benar-benar berciuman namun dari sudut lain yang dilihat dalam video berlainan, hanya wajah mereka yang rapat antara satu sama lain tetapi bibir mereka tidak bersentuhan.

Setakat ini, video yang meraih hampir 400 ribu tontonan itu telah mendapat perhatian ramai orang dan membuatkan peminat seronok melihat persahabatan erat antara mereka.

Siapa yang kat konsert tu mesti terkejut kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.