Tular Di Media Sosial, Ini Resipi Pencicah Thai Yang Confirm ‘Kick’

4 Apr 2023 • 4:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rupa-rupanya mudah je buat sos ni

Tular Di Media Sosial, Ini Resipi Pencicah Thai Yang Confirm ‘Kick’. Walaupun sebilangan hidangan baik untuk dimakan sendiri, sesetengah sos boleh berguna untuk meningkatkan rasa mereka.

Bagi penggemar makanan Thai, sebuah resipi sos Thai kini sedang viral di media sosial dan resepi ini mudah diikuti – simple tapi cukup kick!

image is not available
Tular Di Media Sosial, Ini Resipi Pencicah Thai Yang Confirm ‘Kick’

Cuma perlu 5 bahan sahaja

Untuk membuat pencincah ini, anda memerlukan bahan-bahan berikut:

  1. 7 – 8 ulas bawang putih
  2. Cili (bergantung pada kepedasan masing-masing)
  3. Akar pakchi @ ketumbar
  4. 6 – 7 biji limau nipis
  5. 2 sudu sos ikan

Yang pertama, tumbuk bawang putih, cili dan akar ketumbar. Anda boleh memilih untuk menggunakan ‘chopper’ jika anda tidak mahu bahan-bahan ditumbuk bersama dalam lesung batu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Mingguan Wanita

Kemudian, letakkan sos ikan dan gaulkan sekali. Selepas itu, perah limau nipis dan letakkan gula serta sedikit garam dan perasa.

Untuk daun ketumbar, cuma potongkan sahaja dan gaulkan sekali dalam campuran. Jika pencicah itu terlalu pekat untuk anda, anda boleh tambah sedikit air suam untuk kasi dia cair sikit.

image is not available
Kredit: cookpad.com

Sos ini boleh dijadikan pencicah untuk kerang, udang, sotong, ikan atau ayam yang telah direbus atau bakar. Boleh dikatakan, sos ni memang serba guna!

Senang je buat ni, kan? Cuba, jangan tak cuba. Mana tahu, sos ni akan jadi sos wajib untuk setiap hidangan anda!

Lagi resipi viral di sini: