Tular Di TikTok, Lelaki Makan Koko Krunch Bersama Kari Ayam Buat Netizen Pelik

22 Aug 2023 • 5:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang lelaki makan bijiran bersama kari tular di TikTok

Tular Di TikTok, Lelaki Makan Koko Krunch Bersama Kari Ayam Buat Netizen Pelik. Seperti yang diketahui umum, aplikasi TikTok sering menjadi bualan ramai kerana sesetengah konten yang pelik dan aneh.

Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang pengguna TikTok memuat naik satu hantaran yang menunjukkan dirinya menikmati sarapan pagi bersama bijiran koko krunch yang dicampurkan dengan kari ayam.

image is not available
Sumber: tiktok

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok itu, dia menyatakan bahawa kombinasi rasa kari ayam dan koko krunch itu tidaklah seteruk yang disangka.

Tidak seteruk yang disangka, kombinasi yang sedap dan manis

Bahkan, menurut sumber, lelaki itu turut berkata, makanan tersebut sedap kerana gabungan rasa pedas dan manis daripada kari yang membuatkan makanan itu unik.

image is not available
Sumber: tiktok

Manakala, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menzahirkan rasa pelik melihat gabungan bijiran koko krunch bersama kari ayam.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut mempersoalkan tindakan lelaki itu yang sanggup makan kari bersama bijiran itu. Malah, ada juga yang ingin mencuba kombinasi makanan tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan: