Tular Di Twitter, Mat Salih Meroyan “Don’t Touch My Girlfriend”

24 Mar 2023 • 11:32 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mat Salih mengamuk selepas disuruh perlahankan kenderaan

Tular Di Twitter, Mat Salih Meroyan “Don’t Touch My Girlfriend”. Baru-baru ini, satu hantaran video tular mengenai warga asing mengamuk sehingga mencetuskan kekecohan di sebuah kampung, Kuta Selatan, Bali, Indonesia.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika upacara Melasti iaitu satu upacara penyucian diri yang dilakukan sebelum berlakunya Hari Raya Nyepi oleh seluruh penganut Hindu di Bali.

Dipercayai punca berlaku disebabkan warga asing tersebut lalu di kawasan upacara Melasti itu sedang diadakan dan petugas menyuruhnya untuk memperlahankan kelajuan motornya.

Ketua Perhubungan Awam yang juga Ketua Pesuruhjaya Polis, Stefanus Satake Bayu Setianto mengesahkan kejadian ini pada 19 Mac lalu.

“Ketika mendapatkan keterangan daripada tiga orang saksi di lokasi, kejadian itu berlaku ketika orang ramai sudah pun meninggalkan lokasi untuk menaiki kenderaan masing-masing,” ujar Stefanus.

Kekecohan antara dua warga asing bersama petugas di Bali

Difahamkan, dua warga asing, seorang lelaki dan seorang wanita menunggang motosikal dengan nombor plat DK 6181 DN melalui kawasan upacara tersebut dan petugas terbabit segera memberhentikan kenderaan mereka.

image is not available
Sumber: Twitter Heraloebss

Susulan itu, warga asing wanita berkenaan turun dari motosikal sambil merungut dan marah-marah, bahkan mat salih itu menyerang petugas di kampung tersebut dengan menjerit “Don’t touch my girlfriend” kerana dia mendakwa petugas cuba menyentuh teman wanitanya.

Petugas merasakan tiada siapa yang menyentuh kekasih tetamu atau warga asing itu, tambahan pula tetamu atau warga asing itu mencabar petugas yang menjalankan kawalan keselamatan untuk aktiviti Melasti,” tambah Stefanus lagi.

Bagaimanapun, kekecohan antara warga asing dan petugas di Bali itu telah diredakan.

Baca juga kisah yang berkaitan di Indonesia: