“White privilege” – Mat Salleh Mengamuk Bila Orang Kampung Suruh Perlahankan Motor Sebab Ada Upacara

Entertainment
23 Mar 2023 • 12:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, tular satu video kejadian warga asing marah-marah dan mengamuk dengan orang kampung di Bali, malah dia juga cuba untuk mencetuskan kekecohan dengan menyerang petugas-petugas di sebuah kampung di Kuta Selatan.

Menurut Kompas.com, kejadian itu berlaku saat upacara Melasti (satu upacara penyucian diri). Ia adalah satu upacara yang dilakukan sebelum berlakunya Hari Raya Nyepi oleh seluruh penganut Hindu di Bali.

Sedikit info ringkas, Hari Raya Nyepi adalah kegiatan seharian dimana semua umat Hindu digalakkan untuk ‘menyepikan diri’ daripada melakukan pelbagai perkara, seperti tak keluar rumah, termasuk menggunakan perkhidmatan awam tetapi khidmat perubatan seperti hospital dikecualikan.

 

Mengamuk dekat orang awam sebab ‘halang laluan’.

Difahamkan, punca kejadian itu adalah disebabkan warga asing tersebut lalu di kawasan yang melakukan upacara Melasti itu dan disuruh untuk memperlahankan kelajuan motor mereka oleh petugas-petugas yang menjaga jalan, sumber melaporkan bahawa kejadian ini berlaku pada 19 Mac 2023 lepas.

Ketua Perhubungan Awam yang juga Ketua Pesuruhjaya Polis, Stefanus Satake Bayu Setianto mengesahkan kejadian ini.

Katanya, ketika mendapatkan keterangan daripada 3 orang saksi di lokasi, beliau mengatakan bahawa kejadian itu berlaku ketika orang ramai sudah pun meninggalkan lokasi untuk menaiki kenderaan masing-masing.

 

Nak cuba backup teman wanita melenting – Polis

Pada masa yang sama, perarakan menuju ke kuil kampung menggunakan lori bermula, melihat perarakan itu, petugas yang menjaga jalan itu terus mengawal arus kenderaan yang lalu-lalang.

Bagaimanapun, 2 warga asing yang menunggang motosikal bernombor plat DK 6181 DN turut lalu dan petugas terbabit segera memberhentikan kenderaan mereka.

image is not available

Polis mengatakan bahawa 2 warga asing yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita itu nak naik angin bila disuruh berhenti.

Ia menyebabkan warga asing wanita itu turun dari motosikal sambil merungut dan marah-marah. Manakala lelaki warga asing itu tiba-tiba turun motor dan serang petugas sambil menjerit “Don’t touch my girl friend” kerana dia dakwa petugas cuba menyentuh teman wanitanya.

“Petugas merasakan tiada siapa yang menyentuh kekasih tetamu atau warga asing itu, tambahan pula tetamu atau warga asing itu mencabar petugas yang menjalankan kawalan keselamatan untuk aktiviti Melasti,” kata Stefanus.

Walaubagaimanapun, difahamkan kekecohan antara petugas dan 2 warga Rusia itu telah dapat diredakan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article