Tular Di Twitter, Pasangan Kekasih Kantoi Buat ‘Onar’ Dalam Kereta

25 May 2023 • 1:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kekasih lakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta ditahan

Tular Di Twitter, Pasangan Kekasih Kantoi Buat ‘Onar’ Dalam Kereta. Pada 23 Mei lalu, polis menahan sepasang kekasih kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta yang terletak di Tasik Bukit Layang-Layang, Johor.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, tangkapan dibuat sekitar jam 11 malam selepas video perbuatan sumbang itu tular di media sosial.

“Kami telah memulakan siasatan berhubung perkara itu dan berjaya mengesan pasangan terbabit sebelum menahan mereka sekitar Pasir Gudang.

image is not available
Sumber: Awani

Berusia 29 dan 19 tahun

“Suspek lelaki berusia 29 tahun manakala perempuan 19,” katanya ketika dihubungi.

Dipercayai Mohd Sohaimi menjawab demikian ketika diminta mengulas terhadap video berdurasi 42 saat yang menunjukkan pasangan melakukan aksi tidak senonoh menaiki kenderaan berwarna putih.

Bukan kes kali pertama yang berlaku di kawasan tersebut

“Kami akan berkongsi butiran lanjut sebaik mendapat perintah reman,” ujarnya sambil menambah ini adalah kejadian kedua berlaku di Seri Alam.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku pada 6 April lalu, apabila polis Pasir Gudang menahan seorang suspek lelaki berusia 22 tahun dan teman wanitanya berusia 17 tahun selepas video kedua-duanya dilaporkan melakukan aksi tidak senonoh di tempat letak kereta menjadi viral.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: mstar

Dalam pada itu, kedua-duanya ditahan selepas video berdurasi 23 saat kelakuan lucah mereka dikongsi di Twitter dan terus menjadi tular.

Beliau dalam satu kenyataan menyatakan kejadian sebelum ini berlaku pada 29 Mac jam 3.03 petang di tempat letak kereta di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Baca juga artikel yang berkaitan: