Nak Lari Dari Polis, Pasangan Kekasih ‘Pecut’ Kereta Sampai Langgar Palang Tol Rupanya Positif Dadah

Entertainment
23 May 2023 • 11:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Macam-macam yang boleh dilakukan apabila berada dalam ketakutan, sepasang kekasih memandu dalam keadaan mencurigakan lalu bertindak memecut laju hingga merempuh palang tol.

Menurut laporan Kosmo!, cubaan pasangan itu lari dari polis gagal apabila mereka berjaya dikepung oleh Unit Kereta Peronda (MPV) di Jalan Persiaran Bandar Baru Bangi, Seksyen 9.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kejar-mengejar melibatkan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Kajang terhadap kereta jenis Proton Satria sekitar pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Awalnya, suspek dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Kajang Utama. Kejadian bermula apabila suspek enggan memberhentikan kenderaan walaupun diarahkan anggota polis.

Suspek bertindak memecut laju melalui Jalan Kajang Utama, memasuki Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), seterusnya menghala ke Plaza Tol Sungai Ramal sehingga melanggar palang tol,” katanya.

Difahamkan, sebanyak lima buah kenderaan dikesan terlibat dalam kemalangan semasa kejadian kejar-mengejar tersebut berlaku termasuk sebuah kenderaan PDRM, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah dan polis mendapati pemandu yang ditahan merupakan wanita tempatan berusia 26 tahun bersama kekasihnya, lelaki tempatan yang berusia 38 tahun.

Kedua-dua suspek positif methamphetamin dan turut dirampas 2.1 gram (g) syabu, tiga kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 186 Kanun Kesekaaan ,Seksyen 12(3) / 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.