Tular Festival Makanan Ganggu Penduduk, Penganjuran Karnival Havoc Food Festival Diarah Dihentikan

Entertainment
11 Jan 2025 • 3:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh dibincangkan di media sosial apabila penganjuran festival makanan di Setapak, Kuala Lumpur telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga menganggu penduduk yang tinggal di kawasan sekitar untuk keluar masuk ke kawasan rumah mereka.

Terkini, Harian Metro melaporkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan pihak penganjur Karnival Havoc Food Festival itu untuk menghentikan penganjuran food fest tersebut.

Difahamkan, karnival makanan itu sepatutnya tamat esok (12 Januari) namun pihak DBKL mengarahkan untuk ia ditutup lebih awal iaitu bermula hari ini.

image is not available

Arahan itu dikeluarkan oleh DBKL kerana pihak penganjur karnival makanan itu tidak mendapat lesen yang sepatutnya daripada pihak berkuasa.

image is not available

Selain itu, menurut Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, penganjur tidak berjaya mendapatkan lesen untuk menganjurkan festival itu kerana lewat dan pihak berkuasa juga telah menerima aduan daripada penduduk sekitar tentang isu kesesakan lalu lintas.

Untuk pengetahuan semua, karnival makanan itu telah diadakan di tempat letak kenderaan Sama Square, Setapak, Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.