
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sekitar hujung minggu lalu, kecoh di media sosial video dashcam sebuah kereta dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.
Dalam kejadian yang berlaku pada 14 Februari, Ford Ranger berwarna kelabu itu pada mulanya dilihat seolah-olah sedang menunggu sebelum bertindak melanggar kereta berwarna putih terbabit.
Lebih mengejutkan, pemandunya dilihat terus cuba melanggar kereta berkenaan lebih dari satu kali sebelum mangsa sempat melarikan diri.
Video tular itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang meluahkan rasa takut dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan.
Masalah Dalam Perniagaan 5 Tahun Lalu Jadi Punca
Terbaharu, polis mendedahkan masalah dalam perniagaan lima tahun lalu dipercayai menjadi punca seorang lelaki merempuh kereta yang dinaiki individu lain menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Tidak hanya itu, dia juga dikatakan pernah menghantar notis berbaur ugutan menggunakan dron.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu berusia 30 tahun yang mendakwa diancam oleh pemandu Ford Ranger berkenaan dalam kejadian di Lorong Langsat 4, Taman Manggis, Teluk Intan, Perak.
Jelas Ahmad Adnan, lelaki yang merupakan ahli perniagaan berusia 42 tahun sengaja melanggar kenderaan mangsa dari hadapan sebanyak dua kali.
“Ia dipercayai untuk memberhentikan kenderaan jenis Honda Civic yang dipandu mangsa,” katanya.
Kejadian Turut Berkait Dengan Laporan Polis Pada Tahun Lalu
Tambahnya lagi, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada insiden yang berlaku pada 22 Oktober lalu.
Dalam insiden pada 22 Oktober tersebut, seorang lelaki yang berumur 71 tahun yang juga merupakan rakan kongsi mangsa didakwa telah menerima ugutan menerusi helaian kertas yang disebarkan oleh suspek sama menggunakan dron.
“Ugutan itu berpunca daripada masalah perniagaan antara keluarga lelaki berumur 71 tahun itu dengan suspek kira-kira lima tahun lalu.
“Mangsa dan lelaki 71 tahun itu tiada hubungan persaudaraan sebaliknya hanya rakan kongsi dalam perniagaan.
“Kejadian tular video pacuan empat roda yang melakukan khianat ini mempunyai kaitan dengan laporan polis yang dibuat pada 22 Oktober tahun lalu, dengan kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ancaman ugutan jenayah,” katanya.
Kereta Mangsa Alami Kerosakan
Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa kemudiannya terus menyelamatkan diri dengan beredar dari lokasi kejadian dan membuat laporan polis.
“Kereta mangsa mengalami kerosakan pada bahagian bumper hadapan, bonet hadapan kiri, dan pintu belakang kiri,” ujarnya.
Tambah Ahmad Adnan lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ancaman jenayah dan merosakkan harta benda dengan niat.
“Kes turut disiasat mengikut kesalahan trafik Rule 10, Peraturan-Peraturan Polis (Prosedur Pendakwaan) 1959.
“Kenderaan yang melanggar mangsa sudah dikenal pasti, dan suspek akan segera dikesan untuk siasatan lanjut,” katanya.
SIARAN MEDIA KPD HILIR PERAK – KES VIDEO VIRAL PACUAN EMPAT RODA DENGAN SENGAJA MELAKUKAN KHIANAT DI TELUK INTAN,…
Posted by Polis Daerah Hilir Perak on Sunday 16 February 2025
Baca Artikel Berkaitan: Dendam Lama Punca Wanita Di Pulau Pinang Simbah OKU Dengan Air Panas
Baca Artikel Berkaitan: Kes Mayat Kerat 6: Mangsa Dibunuh Rakan Sekerja Kerana Dendam Peribadi
Baca Artikel Berkaitan: Kerana Dendam Kucing Jadi Mangsa Sihir Sehingga Muntah Darah [Video]
Source:



![Gajah Mengamuk & Rosakkan Kereta Gara-Gara Rider Tidak Sabar Buat Ramai Geram [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)