
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 2 Februari lalu, tular di media sosial hantaran seorang lelaki di Facebook mengenai kisah majlis kesyukuran anjuran kakak iparnya menjadi suram gara-gara tindakan seorang tetamu mencuri beg berisi duit di rumahnya.
Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, kelihatan seorang wanita berbaju kurung mengambil beg tangan yang diletakkan di atas almari.
Dia kemudiannya dilihat mengambil beg tangan berwarna putih yang mengandungi wang tunai sebanyak RM2,500.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Menyamar Sebagai Tetamu, Bawa Lari RM2,500 Ketika Majlis Kenduri
Tetamu Wanita Warga Emas Ditahan Polis Ketika Naik Teksi
Terbaharu, tetamu wanita yang tular melarikan beg tangan ketika majlis kesyukuran di rumah yang terletak di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu akhirnya ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, suspek yang merupakan seorang warga emas berusia 61 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.04 petang semalam (16 Februari).
Dia ditahan di hadapan sebuah masjid yang terletak di Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu ketika menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh rakannya berusia 63 tahun.
Teksi Dipandu Dalam Keadaan Mencurigakan
Jelas Kama Azural, pada jam kira-kira 2.35 petang, teksi jenis Nissan Sentra pada awalnya dilihat dipandu dalam keadaan yang mencurigakan sebelum pihaknya mengekori dan menahan kenderaan terbabit.
“Pemeriksaan tubuh badan wanita dan lelaki itu tidak menjumpai barangan yang menyalahi undang-undang.
“Siasatan awal terhadap wanita warga emas itu mendapati, suspek mengaku mencuri wang sebanyak RM2,500 semasa berada di kenduri rumah mangsa,” katanya yang dipetik dari Kosmo.
Wanita Warga Emas Rupanya Ada 10 Rekod Jenayah Lampau
Tambah Kama Azural, hasil pemeriksaan mendapati, warga emas berkenaan mempunyai 10 rekod lampau yang berkaitan dengan kes menceroboh, mencuri dalam rumah, sekatan buang daerah (PCO) yang dihadkan, meragut serta mencuri.
Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pelbagai lokasi seperti di Kelantan dan Terengganu manakala PCO pula di Slim River, Perak.
“Pemandu teksi yang merupakan rakan wanita tersebut turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait kes mencuri di Kota Bharu.
“Ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka negatif daripada penyalahgunaan dadah,” ujarnya.
Jelas Kama Azural lagi, permohonan perintah tahanan reman akan dibuat oleh pihak polis pada jam 8 pagi hari ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
⚠️ TERKINI❗️- MAKCIK VIRAL TELAH DITANGKAP. Suspek kes viral kecurian dalam rumah semasa kenduri perkahwinan tempoh hari telah berjaya ditangkap oleh pasukam serbuan BSJD Pasir Mas. #ibupejabatpolisdaerahpasirmas #mediarasmipdrmpasirmas #kejayaantangkapan #kesviral #makcikcuriduit #bsjd #sediaberkhidmat #pasirmas
Posted by PDRM PASIR MAS on Sunday 16 February 2025
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Menyamar Sebagai Tetamu, Bawa Lari RM2,500 Ketika Majlis Kenduri
Baca Artikel Berkaitan: Berlakon Konon Bermusafir, Lelaki Dicekup Polis Selepas Kantoi Curi Duit Tabung Masjid
Source:


