Tular Foto Kereta Dipercayai Milik Ahli Parlimen Parkir Di Laluan Pejalan Kaki, Undang Kritikan Netizen – “Dekat Laluan OKU Tu”

24 Jul 2024 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular foto di aplikasi X yang dikongsi oleh seorang lelaki memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik ahli parlimen diletakkan di laluan pejalan kaki.

Menerusi gambar itu, kereta jenis Proton berwarna merah itu diparkir di atas garisan kuning yang dibuat khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan, dipercayai di sekitar ibu negara.

Parking atas laluan pejalan Kaki. Gaji banyak, elaun kereta dapat, pergi lah kat parking berbayar.

Foto tersebut telah mengundang kritikan warganet di X yang mempertikai tindakan terbabit kerana bukan sahaja parkir di laluan pejalan kaki tetapi juga menyusahkan golongan OKU yang mungkin melalui kawasan tersebut.

Dalam pada itu, sesetengah individu pula mempersoal jika isu sebegitu siapa yang sepatutnya dipersalahkan, pemandu atau penumpang kereta itu yang merupakan ahli parlimen.

image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

"Saya Mohon Maaf" - Didakwa Menipu Dalam Perlumbaan Triathlon, Syed Saddiq Tampil Beri Penjelasan