Tular Foto Majlis Di Bali, Sabronzo Dipercayai Sudah Berkahwin Dengan DJ Antarabangsa

LocalEntertainment
26 Sep 2025 • 7:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tiada angin tiada ribut, tup tup sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati di Bali, Indonesia?

Tular foto memaparkan penyanyi, Sabronzo mengenakan gaun pengantin berwarna putih dan gara-gara itu timbul dakwaan bahawa dia sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Menerusi hantaran yang tular itu, ahli kumpulan berkenaan dilihat tertawa sambil memegang tangan DJ dari Belanda, Dash Berlin sambil tetamu yang hadir meraikan mereka.

Sabronzo Dolla sudah berkahwin.

image is not available

Mereka dikatakan berkenalan selepas berjumpa di sebuah acara konsert dan majlis berkenaan dipercayai dihadiri hanya keluarga terdekat dan rakan-rakan.

image is not available

image is not available

Foto lain dikongsikan individu lain memaparkan detik ketika penyanyi berusia 30 tahun berasal dari Kelantan itu disatukan dengan Dash Berlin.

image is not available

Sehingga kini, masih tiada pengesahan daripada tuan empunya badan mahu pun wakil syarikat rakaman, Universal Music Malaysia.

Terdahulu, pada Mei lalu timbul spekulasi bahawa Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Roslin sedang hangat bercinta dengan seorang DJ antarabangsa selepas dilihat berbalas komen di media sosial.

image is not available 2025-09-24 10:21:28

Bella Astillah Jawab Pertanyaan Jika Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat - "Terkejut Berita Keluar.."