Tular Gaduh Beramai-Ramai Di Green Hill, 14 individu Dibebas Dengan Jaminan Polis

12 Sep 2022 • 8:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular insiden gaduh beramai-ramai di Green Hill

Tular Gaduh Beramai-Ramai Di Green Hill, 14 individu Dibebas Dengan Jaminan Polis. Tular 14 individu yang terlibat dalam pergaduhan beramai-ramai di Green Hill telah ditahan pihak polis semalam, kini telah dibebaskan dengan jaminan polis oleh Mahkamah Majistret.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa semalam berkata bahawa pihak mereka telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada hari Sabtu malam. Disusuli dengan rakaman video yang telah tular di media sosial dari semalam.

image is not available
Tular Gaduh Beramai-Ramai Di Green Hill, 14 individu Dibebas Dengan Jaminan Polis

Majistret menolak permohonan perintah reman empat hari

Rakaman video berdurasi 49 saat menampakkan sekumpulan lelaki sedang menyerang beberapa individu hingga terbaring di atas Jalan Green Hill di sini.

Menerusi laporan media, Majistret Zaiton Annuar membuat keputusan membebaskan suspek selepas menolak permohonan perintah reman empat hari yang dikemukakan pegawai penyiasat Insp Muhammad Najib Abu Bakar.

Dilaporkan juga bahawa 12 daripada suspek diwakili peguam Shankar Ram, Russell Lim dan Yu Ying Ying, manakala dua lagi tidak diwakili peguam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata atau peluru berpandu semasa rusuhan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

image is not available

Kejadian berlaku berpunca daripada salah faham

Menurut siasatan awal, kejadian tersebut berpunca daripada salah faham yang berlaku di dalam sebuah pusat hiburan berhampiran. Serangan kumpulan tersebut berlaku di hadapan sebuah bar pada hari Sabtu sekitar jam 12.30 pagi.

Difahamkan juga bahawa pengadu yang ingin keluar dari tempat kejadian tersebut turut diserang ketika merakam kejadian hingga mengalami kecederaan di kepala dan mata. Pengadu kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.

Baca lagi info terkini di Kuching. Klik pautan di bawah: