Tular Gambar Feri Pulau Pinang Yang Baharu, Netizen Masih Rindu Nostalgia Feri Lama

Entertainment
19 Mar 2023 • 3:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terletak di utara tanah air, Pulau Pinang adalah lokasi pilihan ramai untuk bercuti dalam negara. Selain digelar syurga makanan, Pulau Pinang juga sinonim dengan pengangkutan awam airnya iaitu feri.

Terkini, feri ikonik Pulau Pinang bakal digantikan dengan model yang baharu dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun, rata-rata warga Pulau Pinang dan penduduk dari negeri lain yang pernah menggunakan perkhidmatan feri masih rindu dengan nostalgia bersama feri lama.

Korang boleh tengok gambar feri baharu Pulau Pinang dalam hantaran Facebook Georgetown, Penang di bawah.

image is not available image is not available image is not available

image is not available

 

Rindu nostalgia feri lama

Sebagai warga asal Pulau Pinang, min sendiri sedih tengok feri-feri lama tidak lagi digunakan. Tapi nak buat macam mana kan, semua itu hanya tinggal kenangan. Mungkin feri baharu ni boleh cipta memori baru untuk semua penggunanya, mana lah tahu kan.

image is not availableMemang tidak dinafikan feri Pulau Pinang memang sangat ikonik. Tapi untuk keselesaan dan keselamatan, kita kena move on lah kan. Nak buat macam mana lagi.

image is not availableKalau naik feri lama memang seronok dapat kena angin laut sambil layan perasaan. Min tak pasti lah feri baru ni boleh buat macam dulu ke tidak. Tapi nampak cantik gak kan feri baru ni.

image is not availableMungkin lepas ni anak cucu kita boleh tengok feri yang pernah kita naik di dekat muzium. Kalau betul feri ni mercu tanda zaman Inggeris dulu, ada eloknya diganti baru. Kalau kekal yang lama mungkin kos maintenance tinggi atau sparepart susah nak cari.

Apa juga jenis feri yang bakal penduduk Pulau Pinang gunakan, harapnya akan kekal dalam memori. Jom lah kita sama-sama cipta kenangan dan memori baru dengan feri baharu ni pula.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.