Tular gambar martabak 'rentung'

LocalFood
7 Mar 2025 • 3:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar gambar murtabak hangus tular di Facebook. Foto kanan: Para netizen beri komen susulan gambar tersebut tular.

KUANTAN - Sekeping gambar martabak hangus telah menarik perhatian ramai selepas ia tular di media sosial pada Jumaat.

Hantaran itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas lokasi bazar Ramadan yang menjual juadah berkenaan.

Gambar makanan tersebut menerima lebih 100 reaksi dan puluhan komen daripada pengguna media sosial.

Ada yang terhibur dengan keadaan makanan itu, sementara yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap peniaga kerana didakwa kurang menjaga kualiti makanan dijual.

Antara komen menarik perhatian dalam nada gurauan, "Ini martabak versi 2025 terbaharu saya lihat ” tulisnya.

Mereka turut berseloroh bahawa makanan tersebut tidak perlu dibuang kerana boleh dijadikan arang untuk membakar lemang ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.

Di sebalik gurauan tersebut, ramai yang mengkritik tindakan peniaga kerana tetap menjual makanan dalam keadaan rentung.

Mereka menyatakan pelanggan berhak mendapat makanan berkualiti, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Seorang netizen meluahkan rasa kesal dan mempertikaikan keberkatan perniagaan yang mengutamakan keuntungan tanpa menjaga kepuasan pelanggan.

“Mana berkat niaga jual macam ini kat orang... aduh bulan puasa buat macam ni,” tulisnya dalam ruangan komen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved