Tular gambar Nik Abduh bersama Anwar

Politics
12 May 2023 • 11:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular gambar Nik Abduh bersama Anwar yang dipercayai dirakam di Kelantan.

SHAH ALAM - Dua keping gambar memaparkan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 'duduk' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tular di media sosial pada Jumaat.

Turut dilihat hadir dalam 'perjumpaan' itu abang kepada Nik Mohamad Abduh iaitu Nik Omar, penceramah bebas, Wan Ji Wan Wan Hussin serta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Gambar yang tular itu dipercayai dirakam di sebuah lokasi di Kelantan memandangkan Anwar kini berada di negeri berkenaan bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani.

Pelbagai spekulasi juga turut tercetus susulan tularnya Nik Mohamad Abduh bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu, Pas menggugurkan Nik Mohd Abduh sebagai calon parti itu dan kerusi yang ditandingi sebelum ini diberikan kepada Muhamad Shahir Che Sulaiman.

Nik Mohamad Abduh dan Nik Omar sebelum ini dilihat tidak 'sekepala' susulan kedua-duanya memilih haluan politik berbeza.

Nik Omar sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin Pas susulan bertindak menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved