Tular Gambar Staf JDT Peluk Islam Sambil Disaksikan TMJ

LocalFootball
1 Apr 2026 • 5:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu detik penuh bermakna berlaku di Masjid Jamek Pasir Pelangi, Johor Bahru apabila individu didakwa sebagai staf kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memeluk agama Islam.

Kisah tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook oleh Johor Gazette yang memaklumkan bahawa majlis pengislaman itu turut disaksikan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

image is not available

Kehadiran baginda menambahkan lagi makna dan signifikan kepada detik bersejarah itu, selain menjadi simbol sokongan terhadap perjalanan baharu dua saudara itu dalam kehidupan sebagai seorang Muslim.

image is not available

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, kelihatan dua individu berada dalam majlis berkenaan, sekali gus menimbulkan tanggapan bahawa lebih daripada seorang staf JDT telah memeluk Islam pada hari tersebut.

image is not available

Dalam hantaran sama, Johor Gazette turut menzahirkan doa agar saudara baharu itu terus diberi kekuatan dan hidayah yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh kehidupan sebagai seorang Muslim.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan buat individu berkenaan.

Sumber: Facebook Johor Gazette

The post Tular Gambar Staf JDT Peluk Islam Sambil Disaksikan TMJ appeared first on Borak Daily.