AFC denda JDT RM24,172

LocalFootball
25 Mar 2026 • 9:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JDT didenda oleh AFC kerana melakukan kesalahan di bawah Artikel 53.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan kesalahan dilakukan ketika aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) menentang kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima, Februari lalu.

Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC dalam satu kenyataan memaklumkan, denda berjumlah AS$6,125 (RM24,172) itu dikenakan selepas enam kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan dalam perlawanan tersebut kepada JDT.

"JDT diarahkan membayar denda sebanyak AS$6,125 kerana melakukan kesalahan di bawah Artikel 53.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC yang dibaca bersama Artikel 3.1 Pekeliling Disiplin AFC bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elite 2025/26.

"Denda tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan ini dimaklumkan selaras dengan Artikel 11.3 kod berkenaan," kata kenyataan itu.

AFC turut menjelaskan bahawa ini merupakan kesalahan keempat yang dilakukan oleh JDT dalam tempoh residivisme (pengulangan kesalahan sama) yang membawa kepada jumlah denda berkenaan.

Dalam aksi peringkat liga yang berlangsung pada 10 Februari itu, JDT bertandang ke tempat lawan menentang Sanfrecce Hiroshima di Jepun menyaksikan Harimau Selatan tewas 1-2.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved