Tular Geng Bertopeng Edarkan Ayam Percuma Di Bukit Bintang, Ada Yang Pertikai – “Kami Semua Orang Islam”

3 May 2024 • 12:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular satu video pendek beberapa hari yang lalu di mana ia memaparkan sekumpulan pemuda bertopeng memberikan ayam percuma kepada orang ramai di Bukit Bintang.

Tular video pemuda bertopeng edarkan ayam percuma

Sekumpulan pemuda bertopeng itu yang kekal misteri itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Gara-gara itu, ada juga yang mempersoalkan status halal ayam yang diedarkan kerana mereka tidak tahu siapakah pemberinya.

Sekumpulan pemuda itu kemudian tampil ‘mendedahkan’ serba sedikit mengenai siapakah mereka yang sebenarnya.

image is not available

Tampil jelaskan status sebenar

Seperti satu video yang dimuat naik ini, mereka memaklumkan bahawa agama yang dianuti mereka adalah Islam dan berbangsa Melayu.

Kami semua beragama Islam dan berbangsa Melayu. InshaAllah kami akan tolong lebih ramai orang. Doakan kami.

Kata wakil jurucakap kumpulan yang dikenali sebagai XYZMISSION itu lagi, mereka bukanlah VIP, pensohor media sosial mahupun selebriti sebaliknya hanya rakyat Malaysia yang ingin membantu golongan yang memerlukan.

@xyzteamproject

Kami semua beragama Islam dan bangsa melayu. InsyaAllah kami akan tolong lebih ramai orang . Doakan kami?

? original sound – XYZMISSION – XYZMISSION

Kami sama sekali tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anda. Cukuplah dengan mendoakan kami agar dimurahkan rezeki supaya kami dapat membantu lebih ramai orang.

Kami juga akan bantu dengan apa yang kami mampu lakukan. Kami akan update lokasi untuk memberikan bantuan berikutnya di platform ini (TikTok).

Di akhir video, ahli kumpulan itu berkata mereka akan meninggalkan satu topeng pada setiap lokasi yang dilawati sebgai tanda ‘misi telah selesai’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

"Waktu Tu Juga Lah Nak Bagi Duit" - Lelaki Kongsi Perangai Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah, Jadi Punca Sesak