Tular Gerai Terbaru Nasi Ayam Di Kuching, Nama Menu Ikut Kelas Penerbangan

6 Nov 2024 • 9:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gerai nasi ayam di Kuching tular gara-gara nama menu yang unik

Tular Gerai Terbaru Nasi Ayam Di Kuching, Nama Menu Ikut Kelas Penerbangan. Baru-baru ini, satu gerai nasi ayam di Kuching telah tular di media sosial kerana nama menu yang unik dan kreatif, membuatkan orang ramai terhibur.

Menerusi perkongsian di laman Facebook 126 Laksa, menu gerai itu mendapat perhatian ramai kerana ia dinamakan mengikut jenis tiket penerbangan, seperti kelas Ekonomi, Perniagaan, dan Premium Ekonomi.

image is not available
Tular Gerai Terbaru Nasi Ayam Di Kuching, Nama Menu Ikut Kelas Penerbangan

Satu-satunya jenis ‘tiket’ yang tidak mempunyai foto adalah Kelas Pertama, di mana ia hanya menunjukkan satu pinggan kosong dengan tanda soal di atasnya, menunjukkan bahawa pelanggan mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam membuat hidangan mereka sendiri berdasarkan pilihan peribadi mereka pada harga RM18.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memilih ‘ciri-ciri’ tambahan seperti ‘seat’ (nasi), ‘travel protection’ (timun), ‘adult’ (daging ayam), dan ‘child’ (ayam goreng rangup) untuk hidangan mereka.

Gambar itu juga menunjukkan pekerja gerai berpakaian seragam pilot, menambah lagi keunikan gerai itu. Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan inovasi gerai itu dalam menghasilkan menu yang kreatif.

image is not available

Lokasi

Tempat: Jalan Ban Hock, Kuching, Sarawak

Masa: 8.30 pagi – 2 petang

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat menarik di Borneo: