“Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua boleh jadi penyanyi” – Guru Vokal Ulas Nyanyian Fazura

Entertainment
6 Nov 2024 • 5:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemunculan kali pertama pelakon dan penyanyi Fazura selepas bercerai dalam satu program TV di negara jiran, Indonesia baru-baru ini telah meraih perhatian ramai.

Ini disebabkan tular di media sosial klip video nyanyian Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin yang menyanyikan lagu Bertahan Demi Cinta di program TV tersebut.

Pun begitu, Fazura yang tampil memperdengarkan vokal nyanyiannya telah mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Netizen minta guru vokal ulas nyanyian Fazura

Dalam pada itu, seorang guru vokal, Adzrin Adzhar diminta netizen untuk memberi ulasannya terhadap nyanyian aktres berusia 41 tahun itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Adzrin berpendapat bahawa semua orang boleh menyanyi, tetapi bukan semua orang boleh menjadi seorang penyanyi.

“Walaupun semua orang boleh menyanyi, kita ada beberapa perkara asas yang kita kena kuasai dahulu.

“Untuk menjadi seorang penyanyi, kita kena tahu ilmu asas nyanyian. Walaupun saya selalu kata breathing itu penting, tapi jika kita tak ada persediaan yang cukup untuk breathing, sekurang-kurangnya kita kena ada persediaan untuk menyanyi dalam tune.”

Jelasnya mengenai nyanyian Fazura, dia menyarankan supaya pasukan aktres itu perlu memastikan bahawa talent benar-benar bersedia untuk menyanyi secara langsung.

“Persediaan paling asas ialah pitch, intonation dan singing in tune,” kongsinya.

Selain komen netizen, nyanyian pelakon itu juga turut menarik perhatian selebriti-selebriti lain.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.