
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bersyukur dengan setiap ujiian dan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT merupakan sesuatu yang baik kerana ia mampu membuatkan hati kita lebih tenang.
Jika terlalu mempersoal atau mengeluh dengan membandingkan diri dengan individu lebih kaya, ia boleh membuatkan hati kita menjadi gelisah dan tidak tenteram.
Tak salah jika nak berusaha majukan diri dengan melihat mereka yang sudah kaya dan berjaya, tapi jangan lupa bersyukur kerana masih ramai yang tak memiliki nasib seperti kita.
Tular rumah dalam longkang di Bukit Mertajam
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pulau Pinang menemui satu ‘penempatan’ di dalam sebuah longkang tertutup.
Siapa sangka, di saat orang lain tinggal di rumah bersama keluarga tercinta, ada yang menetap di dalam saluran air.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok seorang penguatkuasa MBSP dikenali sebagai Azrie, dia berkata kejadian terbabit berlaku di tengah-tengah bandar Bukit Mertajam.
Siap ada katil dan selimut dalam longkang
Dalam video tersebut, kelihatan pihak MBSP mengangkat alas kotak yang dijadikan penghadang penempatan haram itu.
Apa yang mengejutkan, terdapat katil berserta tilam dan selimat berwarna kuning di dalam longkang berkenaan.
Malah, turut kelihatan seakan terdapat rak besi kecil serta beberapa kelengkapan lain termasuk beberapa bekas botol minyak masak.
Bagaimanapun, video yang dimuat naik di TikTok itu dipercayai sudahpun dipadamkan tanpa mengetahui sebab-sebabnya.
Namun, beberapa netizen yang melihat video itu sempat menyimpan dan berkongsi di platform-platform media sosial lain seperti Facebook.
Baca Artikel Berkaitan: YouTuber Indonesia Dedah Kewujudan Perkampungan Di Bawah Kolong Tol Bandar Jakarta [Video]

![[Review] Bukan Sekadar Untuk Berbuka, Supamala Hotpot Boleh Jadi Port Baru Untuk Moreh](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![Tular Lelaki Pukul Kepala Penunggang Motosikal Di Persimpangan Lampu Isyarat Dipercayai Mabuk [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
![“Kucing Pun Judge” – Ramai Geli Hati Lihat Reaksi Si Bulus Perhati Ramai Buka Puasa Di Parkir [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)