Tular Individu Dalam Saga Didakwa Buang Kulit Durian Tengah Jalan Di Kota Bharu [Video]

LocalEnvironment
7 Jul 2025 • 11:56 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tabiat buruk segelintir pengguna jalan raya di Malaysia yang kurang kesedaran sivik dengan membuang sampah di jalan raya bukanlah satu perkara baru.

Tindakan tidak bermoral dan bertanggungjawab ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan malahan ianya akan mengotorkan alam sekitar.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu dan penunggang motosikal sekiranya terlanggar sampah tersebut.

Tular individu dalam Proton Saga buang kulit durian tengah jalan

Seperti baru-baru, tular di media sosial satu video memaparkan pemandu dan penumpang sebuah kereta yang didakwa membuang kulit durian di tengah-tengah jalan raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @emat1351, kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan jalan raya berdekatan lampu isyarat di Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

“Makan durian, kulit buang merata dalam bandar Kota Bharu. Kau ingat sini kawasan kampung belakang rumah kau?” tulis kenyataan di dalam video.

Kulit durian bersepah atas jalan, dibuang ketika tunggu lampu isyarat

Dalam video tersebut, jelas kelihatan kulit durian bertaburan di atas jalan bersebelahan Saga yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat itu.

Kejadian terbabit dirakam oleh pemandu kereta yang berada di belakang selepas menyedari tindakan tidak bermoral itu.

Turut kelihatan tangan penumpang Saga berkenaan berada di luar tingkap dipercayai baru sahaja membuang kulit durian itu.

Pun begitu, aksi semasa mereka membuang tidak dirakam oleh pemilik video. Justeru tiada kesahihan mengenai dakwaan yang mereka adalah individu yang membuang kulit durian itu.

Pengguna jalan raya buang sampah merata boleh didenda dan penjara

Untuk info, membuang sampah dari kenderaan merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.

Perbuatan itu menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pelaku yang mengulangi kesalahan sama juga akan berdepan hukuman denda hingga RM4,000 atau penjara tidak lebih dua bulan atau kedua-duanya.

Netizen pakat kecam individu buang sampah tengah jalan

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pada hantaran video terbabit pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan individu-individu di dalam Saga itu kerana membuang sampah merata-rata.

Kebanyakan netizen juga meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku itu.

Tahu sekarang ni musim durian, tapi cukup lah orang jual durian tepi jalan, jangan buat hiasan letak kulit durian tengah jalan pula.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available