Tular Isu Bilik Persalinan Ada Kamera Tersembunyi, H&M Buat Pemeriksaan Di Cawangan Seluruh Malaysia

12 Jan 2023 • 1:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

H&M buat pemeriksaan dekat semua bilik persalinan di seluruh cawangan di Malaysia.

Tular Isu Bilik Persalinan Ada Kamera Tersembunyi, H&M Buat Pemeriksaan Di Cawangan Seluruh Malaysia. Tidak dapat dibayangkan perasaan takut setelah mengetahui sebuah perkongsian baru-baru ini mengenai kamera tersembunyi yang dijumpai di bilik persalinan butik terkenal di Malaysia.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Twitter ini di mana terdapat kamera tersembunyi yang ditemui di bilik persalinan sebuah butik terkenal di Malaysia iaitu H&M.

image is not available
Tular Isu Bilik Persalinan Ada Kamera Tersembunyi, H&M Buat Pemeriksaan Di Cawangan Seluruh Malaysia

H&M buat pemeriksaan di semua cawangan

Isu tersebut kemudiannya hangat diperbualkan dikalangan netizen kerana butik tersebut memang sering dikunjungi pelanggan.

Membalas tentang isu yang membimbangkan para pelanggan mengenai kamera tersembunyi di bilik persalinan, pihak H&M telah menjalankan pemeriksaan di semua cawangan mereka di Malaysia dan memastikan tiada pelanggaran keselamatan yang menjejaskan privasi pelanggan”, menurut kenyataan yang telah dikeluarkan H&M

image is not available

Laporan polis juga turut dibuat

Tambah H&M lagi, semua penemuan yang ditemui telah dilaporkan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan.

Diharap agar perkara ini boleh dijadikan pengajaran buat semua pemilik butik di luar sana untuk sentiasa memeriksa kamera tersembunyi di bilik-bilik persalinan supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Lagi cerita terkini buat anda di sini: