“Mangsa Tolong Saman!” – Polis Buka Kertas Siasatan Isu CCTV Dalam ‘Fitting Room’, Netizen Gesa Boikot

12 Jan 2023 • 12:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hangat diperkatakan sejak semalam apabila seorang individu telah membongkar aktiviti mengendap oleh individu tidak bertanggungjawab yang bertindak memasang kamera litar tertutup dalam bilik persalinan sebuah butik terkenal di Ibu Kota.

Video serta foto-foto mangsa yang diintai tanpa kebenaran kemudiannya menjadi tular di media sosial.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan bahawa pihaknya ada menerima laporan mengenai kes itu pada petang Isnin.

Video berdurasi 11 saat daripada kamera tersembunyi itu telah dimuat naik di Twitter. Kita telah menjalankan siasatan dan tidak menemui kamera tersebut. Kita percaya ia berlaku di lokasi lain.

Katanya lagi, perbuatan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fikri di talian 013-4149917, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, netizen di media sosial dilihat telah menggesa agar mangsa-mangsa yang dirakam foto dan video untuk tampil membuat laporan polis dan menyaman butik tersebut kerana telah melanggar hak privasi.

image is not available

Ada juga netizen telah mula membuat ciapan berbaur boikot terhadap butik itu gara-gara kes berkenaan.

image is not available 1 hari lalu

Tular Individu Jual Rakaman Video CCTV Dalam 'Fitting Room', Mangsa Dedah Lokasi Kejadian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved