Tular Isu Pengosongan Kampung Sg. Baru, Caprice Jemput Rafidah Sertai Podcast – “Kongsi Secara Matang & Budi Bicara”

LocalEntertainment
12 Sep 2025 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi serta aktivis dikenali ramai iaitu Caprice tampil meluahkan hasratnya mahu menjemput pelakon, Rafidah Ibrahim sebagai tetamu jemputan untuk The Caprice Podcast Show.

Caprice jemput Rafidah ke The Caprice Podcast Show

Dapat dilihat melalui hantaran yang dimuat naik di Instagramnya, Caprice atau lebih mesra dipanggil sebagai Cap memberitahu dia telah menjemput selebriti tersebut bagi menerangkan kisah sebenar yang berlaku disebalik operasi pengosongan kediaman penduduk di Kampung Sg. Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Cap memberitahu jemputannya itu disambut baik oleh Rafidah dan dirinya bersedia untuk hadir bagi menjelaskan segalanya secara matang serta sahih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Saya dah jemput, insya-Allah semua sudi masuk podcast dan kongsi secara matang dan ada budi bicara.

image is not available

image is not available

Susulan berkongsikan perkara tersebut, rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut menyokong tindakan penyanyi terbabit serta memintanya untuk menjemput juga pihak pemaju supaya perbincangan yang berlaku tidak berat sebelah.

image is not available

image is not available

image is not available 2025-09-12 13:25:40

Penduduk Sudah Lama Terima Notis, Zahid Hamidi Tegaskan Kekecohan Di Kampung Sg Baru Tak Patut Berlaku